Dalca Ayam Penang Stylo – Resepi Berbuka Puasa

Dalca Ayam Penang Stylo   Resepi Berbuka Puasa 1x1.trans santai iskandarx 4  Photo

Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua pembaca. Oleh kerana kerap sangat keyword nie timbul dan orang pun sampai pasal mencari resepi nie so dengan bangganya is nak bagi tau korang, hari nie kita cuba pulak Dalca Ayam Penang Stylo untuk resepi berbuka puasa kita kali nie.

Rahsia Kelazatan Dalca Ayam.

Dalca Ayam Penang Stylo nie bukan lah berbeza sangat dengan semua dalca ayam – dalca ayam yang lain dari negeri lain-lain tu. Tak berbeza pun, cuma Penang punya style suka banyak ubi, bawang, kacang dhal, ubi,bawang dan kacang dhal nie di masukkan lebih dan banyak sehingga hancur di dalam kuahnya, kari dalca tu kekadang letak lebih kari, dan masuk sikit kas-kas penaik rasa tu, tapi kalau banyak2 pening pulak kepala nie haa hehehe.

Kelazatan Dalca Ayam Yang Tiada bandingan.

Dalca ayam banyak terdapat di restoran-restoran mamak-mamak di seluruh Malaysia, tapi awas bukan mamak sahaja bukak restoran macam nie kekadang tu pamer ja ayat2 suci tapi peniaga dan pekerja serta dengan taukey sendiri tu hindu purengge.

Dalca ayam yang bagus, sedap dan lazat nie selalunya bila makan nya dengan nasi perrghhh rasa macam nak tokak dengan pinggan2 tu sekali punya la sedap dan syahdunya dalca ayam nie wow perrghhh.

Kalau masak dalca ayam mesti ada sekali nasi briyani, kalau tak pun nasi tomato, baru terangkat habis juboq2 masa makan nasi briyani atau tomato dengan dalca ayam herrrmmm best gila dalca ayam nie, tambahan sekarang nie puasa bau dalca ayam saja dah terus lapaq isk isk isk.

Ok lah jom kita tengok macam mana nak memasaknya serta bahan-bahan untuk memasak Dalca Ayam Penang Stylo nie.

Dalca Ayam Penang Stylo – Resepi Berbuka Puasa

BAHAN-BAHANNYA Dalca Ayam Penang Stylo   Resepi Berbuka Puasa 1x1.trans santai iskandarx 4  Photo

1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam
1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
2 biji cili merah, belah dua
2 biji cili hijau, belah dua
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (Baba’s)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS Dalca Ayam Penang Stylo   Resepi Berbuka Puasa 1x1.trans santai iskandarx 4  Photo

4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR HALUS Dalca Ayam Penang Stylo   Resepi Berbuka Puasa 1x1.trans santai iskandarx 4  Photo

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA Dalca Ayam Penang Stylo   Resepi Berbuka Puasa 1x1.trans santai iskandarx 4  Photo

  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge