Shuib Sepahtu & Siti Sarah Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?

Keluarga Shuib Sepahtu nampaknya semakin besar apabila isterinya Siti Sarah dikatakan sedang hamil anak mereka yang ketiga.

Melihat kepada Sarah yang kini sudah kurang dengan aktivit nyanyian, maka ia adalah masa yang sesuai untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan tiada sebarang masalah untuk menambah ahli keluarga sementara masih dikurniakan kesihatan yang baik. Shuib juga  mempunyai ciri-ciri seorang bapa yang penyayang.

Tidak dapat dinafikan Shuib dan keluarganya nampak begitu bahagia dan sering menghargai pengorbanan Sarah sebagai seorang isteri yang tidak putus asa menyokong suaminya daripada belakang. Malah, pasangan ini tidak sombong dan selalu merendah diri semasa bertemu dengan peminat.

Setakat ini Shuib dan Sarah masih belum mengumumkan sebarang berita mengenai kehamilan tersebut. Apa-apapun kami ucapkan tahniah semoga anda berdua terus bahagia bersama.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

 


4 responses to Shuib Sepahtu Siti Sarah Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?

  1. niki minah says:

    Tahniah..teruskan dgn sikap humble n jgn lupe dri.. All d best for both of u.. I suke ct sarah.. Hrp lps ni shuib mtk la ct sarah bertudung plk..

    Like or Dislike: Thumb up2 Thumb down0

  2. jannah PS Low says:

    waaah ngandung lagi? best. tahniah

    Like or Dislike: Thumb up1 Thumb down0

  3. One Direction says:

    jantan melayu ni semua pendekkkkkkk.

    Like or Dislike: Thumb up0 Thumb down0

  4. Anonymous says:

    suke dgn couple ni.. mereka jujur dan profesional dlm industri.. loving loving jugak tapi tak over dan relax semedang.. semoga mereka sekeluarga di rahmati

    Like or Dislike: Thumb up2 Thumb down0

Leave a Comment – Cancel